Berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia (1989) dan Diploma Penterjemahan Am, Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad (1999) serta Sijil Kewartawanan, The New Straits Times Press (M) Berhad (1991). 

Berpengalaman lebih 30 tahun dalam industri media, editorial dan penerbitan sebagai wartawan dan editor. Berkhidmat sebagai wartawan di Berita Harian Sdn Bhd (Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad / kini Media Prima Berhad) (1990 – 1999) dan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (1990 – 1991) serta Editor Penyelaras di Creative Enterprise Sdn Bhd (1989 – 1990).

Sepanjang bertugas sebagai wartawan di akhbar harian, beliau berpeluang berkhidmat di Meja Ekonomi (Economic Desk), Meja Am dan Politik (News Desk), Meja Jenayah / Mahkamah (Crime Desk) serta Meja Rencana (Feature Desk).

Menamatkan perkhidmatan dengan Berita Harian Sdn Bhd pada 1999 untuk menumpukan kepada perniagaan sendiri menerusi syarikat Ideamas Editorial Services (Ideamas) dalam bidang perkhidmatan editorial (editorial services), rekabentuk grafik dan web (web & graphic design) serta percetakan untuk sektor awam dan swasta seperti syarikat perhubungan awam, universiti serta syarikat penerbitan tempatan dan luar negara.

Menjadi penulis bersama buku “Allah Tempat Meminta” terbitan MMR Creative Sdn Bhd dan “Cerita Dari Hati” terbitan Alaf 21, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.

Masih menulis untuk penerbitan online dan buku serta majalah bercetak, termasuk terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) seperti Dewan Masyarakat, Dewan Ekonomi, Dewan Budaya, Dewan Bahasa, Pelita Bahasa, Dewan Kosmik dan Dewan Siswa.

Pengalaman lama dalam bidang penulisan dan kewartawanan menjadikannya bukan sahaja mampu menulis menggunakan gaya bahasa pelbagai (versatile), malah meliputi apa juga topik dan niche.

Berkerjaya sebagai usahawan Internet sepenuh masa sejak era awal Internet di Malaysia, iaitu sekitar 1999, kini kekal sebagai usahawan Internet sepenuh masa.