
INI.my | Organisasi
Kami bermula pada 1999 di Kota Damansara, Selangor sebagai syarikat percetakan, grafik dan editorial. Mulai 2005, kami mengembangkan fokus sebagai syarikat Internet menawarkan perkhidmatan bina laman web, tulis konten / SEO, rekabentuk media sosial, rekabentuk percetakan dan bimbingan perniagaan.
Kami | Kepakaran dan fokus
Kepakaran dan fokus kami ialah menghasilkan laman web dan konten (content) mesra enjin carian supaya produk dan servis anda mudah serta sentiasa ditemui di enjin carian (search engine) seperti Google dan lain-lain menerusi artikel di laman web atau blog serta laman sosial menggunakan teknik SEO (Search Engine Optimization / Optimasi Enjin Carian).

Kami gabungkan kreativiti (kemahiran menulis artikel) dan teknikal (kepakaran teknik SEO) untuk menguasai teknologi enjin carian bagi menjadikan produk dan servis anda mudah serta sentiasa ditemui pengguna Internet.
Kami | Siapa
Kami terdiri daripada sekumpulan personel dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang penulisan dan editorial, kewartawanan, penterjemahan, penerbitan, undang-undang penerbitan, advertorial dan pengiklanan, percetakan, teknologi web dan teknologi Internet, termasuk di Media Prima Berhad (dahulu The New Straits Times Press (M) Berhad), Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Kami bekerja sebagai satu pasukan yang padu, malah sentiasa mementingkan hasil kerja terbaik. Tiada kompromi!
Prinsip | Asas perniagaan kami
Prinsip asas perniagaan kami ialah Kualiti, Mudah dan Murah.
Dasar kami ialah menjaga kerahsiaan pelanggan. Semua maklumat pelanggan dan perincian tempahan tidak akan didedahkan kepada pihak lain, kecuali untuk tujuan pemasaran dengan tidak mendedahkan info serta identiti pelanggan sama sekali.