Untuk mudah faham, “hosting” ibarat “rumah” (tempat simpan semua fail, dokumen, foto, design dan konfigurasi atau setting sesuatu laman web).
Manakala “domain” ialah “alamat rumah” (alamat bagi laman web berkenaan seperti www.lamanweb.com).
Ya boleh. Silakan. Jika sudah ada hosting dan domain, harga servis kami tidak akan termasuk sewa hosting dan domain.
SEO ialah merujuk kepada Optimasi Enjin Carian (Search Engine Optimization), iaitu satu teknik dan taktik teknikal memujuk dan menarik enjin carian seperti Google dan lain-lain meletakkan sesuatu laman web di enjin carian mereka, terutama di muka satu.
Dengan cara ini menyebabkan sesuatu perniagaan, produk atau servis mudah ditemui dan selalu muncul di enjin carian setiap kali orang ramai membuat carian di Internet.
Kami di INI.my mempunyai satu teknik unik dan khusus bagi tujuan ini. Teknik unik ini termasuklah menerusi setting pada laman web dan cara penulisan artikel yang sangat mesra SEO.
Perlu. Sangat perlu. Facebook hanya seumpama berniaga di dalam kedai orang lain. Kita tumpang berdagang dalam keadaan tiada kawalan optimal terhadap kedai berkenaan.
Segalanya mungkin terjadi tanpa dapat kita mengawal dan menentukkannya.
Laman web sendiri ialah kedai kita sendiri, bangunan kita sendiri dan kita mempunyai kawalan penuh terhadap kedai berkenaan.
Jawapannya sama sahaja seperti di atas, iaitu perlu. Sangat perlu. Shopee, Lazada atau marketplace lain hanya seumpama berniaga di dalam kedai orang lain. Kita tumpang berdagang dalam keadaan tiada kawalan optimal terhadap kedai berkenaan.
Segalanya mungkin terjadi tanpa dapat kita mengawal dan menentukkannya.
Malah, berniaga di marketplace seperti Shopee, Lazada atau marketplace lain kini semakin mencabar kerana margin untung semakin tipis dan kecil disebabkan aktiviti “membuang harga” akibat persengitan yang sangat sengit.
Sebaliknya, laman web sendiri ialah kedai kita sendiri, bangunan kita sendiri dan kita mempunyai kawalan penuh terhadap kedai berkenaan.
Dengan laman web sendiri inilah kita membina identiti, jenama (branding) dan dengan itu malah mampu menetapkan harga sendiri, terutama bagi produk atau servis yang unik.
Info lain dapat dibaca di blog di sini.